Friday, January 7, 2011

contoh karangan untuk loan mara

Nama diberi dulu kini dan selamanya, [nama sendiri]. No surat beranak [num sjil lahir], No kad pengenalan [ic]. Dilahirkan tanggal [tarikh lahir], pada hari ahad jam 3.58 petang. Kini berusia [umur]. Merupakan anak kedua daripada empat orang adik beradik. Mendapat pendidikan awal di TADIKA KEMAS SG WAY lima hingga enam tahun, sejurus itu bersekolah di SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN KAMPUNG TUNKU,kemudian menyambung pengajian di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SRI PERMATA bermula tahun 2000 sehingga 2004. Pada tahun 2006, saya menyambung pelajaran diperingkat diploma di KOLEJ POLY-TECH MARA IPOH. Kini mendapat peluang melanjutkan pelajaran di UNIVERSITI KUALA LUMPUR.

Nama ayah tercinta [nama bapa]. Merupakan seorang anggota Polis yang cekal.Ibu tersayang pula diberi nama [nama ibu] seorang Surirumah yang rajin. Saya mempunyai abang yang bernama Mohamad Idzwan 25 tahun dan juga mempunyai 2 orang adik yang bernama Muhammad Shahrin 17 tahun dan Muhammad Aliff 14 tahun. Saya merupakan seorang yang ceria, peramah dan menjadi contoh buat adik-adik. Saya bercita-cita ingin menjadi seorang graphic designer kelak, alhamdulillah kini saya berada dalam bidang BACHELOR IN INTERACTIVE MULTIMEDIA DESIGN. Peluang ini tidak akan saya sia-siakan kerana ini adalah jalan untuk saya merialisasikan impian saya untuk menjadi graphic designer dan memberi sinar cahaya buat ahli keluarga saya. Saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pointer yang bagus bagi setiap semester. Saya yakin apabila tamat pengajian, saya akan menjadi seorang graphic designer yang boleh membantu negara untuk memajukan industri multimedia setaraf dengan negara maju yang lain.

Saya menyimpan setinggi-tinggi harapan, agar pihak MAJLIS AMANAH RAKYAT meluluskan permohonan pinjaman saya selama 4 tahun pengajian sayadi UNIVERSITI KUALA LUMPUR (MIIT). Saya memilih (MARA) adalah kerana keyakinan saya terhadap MAJLIS AMANAH RAKYAT dan semoga kerjasama dari pihak (MARA) dapat membantu melancarkan pengajian saya. Akhir kata, kerjasama dari pihak (MARA) amat saya sanjungi dan hargai.
Sekian,terima kasih.

3 comments: